CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 18, 2009

Assalammualaikum...

para sahabat serta kenalan y sy kasihi..tima kasih bebnyk lr..sbb sudi msuk blog sy y tk sebrapa nieh...
kat blog sy ni..sy nk kongsi skit psal pengalman sy sepnjg kt unimap pd 2008 hingga 2009.
emm..tk cilp sy, sy msuk study dan begelar sebagai peljar diploma metallurgi kt UniMAP pd 20hb-07-2008. Ms mula2 msuk tu..mcm biasa lh..kena orientasi sminggu..best jgak wktu minggu suai kenal(MSK), mcm2 aktiviti y universiti buat..aduh..smpai mlm pn ad..letih jgak..tp enjoy ja ngn ap2 aktiviti pn..jd,tk dk lr rsa letih sgt..

msa buln 8, time nk smbut hri kemerdekaan y ke-52 tk cilp sy..bbudk sem 1 lr y kena jd tukang pegang flid kad y besr cm gjah 2..huhu..letih gila pegang 2...
dh lr besr gedabak..bert plak 2...
tp best..sebb kena pegang rmai2..hehe..memg meriah gilerr lr msa smbutn 2..tmbh2 plak ank rja negeri perlis dtang untk rsmi mjlis and ad perbarisan dr pelbagai persatuan..cm suksis n geng palapes UniMAP pn trlibt gk...
pstu..di saat2 detik nk countdown 2 y tk bpa best..sbb nk kena pegang flid kad 2..tk leh nk sorak merdeka,merdeka,merdeka! rmai2..huhu...
y kena pegang flid kad, sork kot blakg j lr..huhuhu...

bln 10 plak..da jmuan rya UniMAP..wah..best gila time nieh..mknan sma free..hehe..
nk mkn ap sma ad..sate, laksa, bihun sup, kueh2, lemang, nasi impit bnyk g lr..tk ingt arr..smanya free..siap leh tmbh g..hehe..pastu kt mjlis rya ni gk..bleh tengok acapan..artis pelawak malaysia 2..best oo..lastly sblom mjlis abes plak..dpat duit rya..hehe..best..alngkah rugi bg spa2 y tk study kt UniMAP,Perlis..hehehe..

pstu bln 11 plak..time pening kepla..huhu..sbb ada final exam..
tp 2 dh lpas dh..hmm..tp mula2 penglmn mek exam agk gmetr jgak..sbb tk pnah g rsa mek exam kt universiti..tp ntah lr..msuk sem ke-2 kt UniMAP pn, sy still rsa cm sma gk..haha..gemntr nk mek exam 2 tk pnah hbes lh..huhu..

penglman msa sem 2, byk gk..fuhh..byk saat2 y mnceriakan..dn byk saat2 y menyedihkn..hmm..sma tu akn jd stu memori pahit manis,masin masam,pahit kelat dlm hidup sy, y sy tk kn lpakn..sy tk brmint nk cerita pengalman sy msa sem 2..kita teruskn dgn agenda di sem ke-3..hehe..

msuk ja sem 3..byk y dh brubh..tp prubhan 2..bleh dterima oleh sma pihak..Alhamdulillah..kengn y paling indh bg sy wktu sem 3,ms sy dn shabt2 sy pergi ke program kelab penyayang di bukit ayer,Perlis.Dalam pengisian program nie..sy dapt pelbagai manfaat..antranya..sy dpt beljr untk yakin pd dri sndri..ceewaahh..hehe..
skit2 ja..tp tk lekt spenuhnya lr pd dri sy...mknanya program2 cmni ni kena wt slalu lr..spaya leh sntiasa dpat beri peringtn pd sya..hehe..

msa 5hb-10-2009, shabt2 sy nk smbut besday seorng shabt nie..sy gelr dia sebagai shabt A,msa ptg shri sbelum besday dia 2, kwan2 sy, kenakan kn shbt A, sengaja cri msalh ngn dia, cri salah dia..supya dia rsa brsalah..hehe..pstu shabt A ni pon rsa brslah..dia pon msam j lr muka sharian..pd detik2 12 mlm hari 2, kmi sma g serebu blik dia..ucap Happy Birthday! hehe..ps2 dia trus nangis...huhu..cian dia..tp sbb kwan2..tk kesh sgt lr kn..shbt2 y kenakn dia 2, sma g pujuk dia..hehe..nsib baik dia o.k..klau tk truk lr kena mrah..huhu...pstu, mlm 2 jgak lpas ptong kek besday, dia kena baling telur mentah lr plak..haha..sian glerr kt dia..nsib baik tk maen tepung...klau tk..hbes..pstu bleh plak kmi maen permainan y ntah ap2 ntah..tp best..this is a swEEties memory to me..

pstu..skarg..tiba lr msa nk tgu saat2 genting bln 11, final exam..huhu..
nt lpas exam klau rjin, sy crita lg k..pengalmn y pelik2 y akn berlaku sterusnya..haha..

Sunday, October 11, 2009

13 wasiat Rasulullah kepada Ali
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaumMuslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul- zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamulla
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."